Jumat, 22 Maret 2013

Teori Pembelajaran Kognitif dalam Proses Pengajaran & Pembelajaran


Secara umumnya, teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, ia juga satu cara pembelajaran yang menggunakan pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi.
Teori pembelajaran kognitif ini sangat menitikberatkan bahawa pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada pada murid-murid untuk proses pembelajaran. Dengan adanya teori pembelajaran kognitif ini ia secara langsung memberikan implikasiimplikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun muridmurid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaran murid-murid iaiah merangsang ingatan kanak-kanak semula.
Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut berada di alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidak akan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut.
Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid iaiah membantu murid-murid mengingat semula. Oleh kerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah
,murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka. Selain itu, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperolehi pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanak tersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah.
Di samping itu, implikasi pembelajaran kognitif yang lain iaiah isi-isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Mengikut pendapat Jean Piaget dalam teori pembelajaran kognitif, beliau telah mengelaskan kepada empat tahap perkembangan kognitif Piaget iaitu sensori motor( sejak lahir hingga 2 tahun), praoperasi( 2 hingga 7 tahun), operasi konkrit( 7 hingga 11 tahun) dan operasi formal( 11 tahun hingga remaja). Oleh yang demikian, isi pelajaran yang di sampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau pun tahap masing-masing. Di sini, guru haruslah menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Contohnya, di prasekolah ia lebih kepada bermain sambil belajar serta cenderung kepada pengetahuan asas tentang kemahiran 3M dengan itu guru hendaklah mengajar murid- murid tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka dan bukannya mengajar mereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar